Berita

12.05.2022

Kenyataan Tawaran Tender Terbuka Tahun 2022

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-149
Tajuk Tawaran : Kajian Tahap Ketepuan dan Penentuan Intensiti Pembangunan Bandar

Klik di sini untuk lihat dokumen

21.02.2022

Pemakluman penyingkiran sebagai Perancang Bandar berdaftar LPBM

Adalah dimaklumkan bahawa LPBM telah memutuskan bahawasanya Perancang Bandar berdaftar dengan No. A 0579 disingkirkan dari senarai daftar selaras dengan peruntukan subseksyen 33(d) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] berkuatkuasa 17 Ogos 2021.

Sehubungan itu, penama tersebut tidak layak untuk menjalankan sebarang kerja-kerja yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 538. Sebarang pelanggaran kepada perintah ini, LPBM berhak mengambil tindakan yang bersesuaian selaras dengan peruntukan Akta 538.

15.05.2021

Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Bil. 1/2021 pada 09 Mac 2021 telah bersetuju dengan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 untuk makluman dan perhatian selanjutnya. 

Klik di sini untuk lihat dokumen


TOP